Program ini bertujuan mengembangkan kebolehan “SOFT SKILL” atau kemahiran asas pelajar – pelajar dalam mengetuai sesebuah organisasi dan pada masa yang sama boleh dipraktikkan dalam kehidupan. Selain itu, program ini bertujuan mengeratkan ikatan perhubungan sesama exco dan ahli Kelab Badminton.
OBJEKTIF2 PROGRAM INI IALAH
v Mengembangkan kebolehan siswa dan siswa untuk memimpin.
v Pendedahan kepada siswa dan siswi tentang pentingnya “soft skill” pada masa depan.
v Mengeratkan silaturrahim antara siswa,siswi,para exco dan penasihat Kelab
badminton.
v Mendapat pengalaman bekerja dalam kumpulan.
v Melahirkan siswazah cemerlang akademik dan kokurikulum.
PENASIHAT / PEGAWAI PENGIRING / JAWATANKUASA
JAWATANKUASA PROGRAM KEM KEPIMPINAN
Penasihat : 1) En Bazri B. Abu Bakar
2) Cik Mazida Bt. Ismail
Pegawai Pengiring : 1) Cik Mazida Bt. Ismail
Ketua Projek : Muhammad Azim Bin Muhammad Razak
Pen. Ketua Projek : Siti Zunidah Bt. Md Yasin
Setiausaha : Nur Nabilah Bt. Abdul Aziz
Bendahari : Zharien Afeeliana Bt. Bohairi
Exco Protokol : 1) Ahmad Afifi Bin Mohd. Nazari
2) Muhammad Amierul Aizat Bin Abdul Sahar
3) Siti Shahirah Bt. Abdul Samad
Exco Aktiviti : 1) Nik Azwan Bin Shahar
2) Umi Nadhra Bt. Mohd Nor
3) Nur Amalina Bt. Muhammad
Exco Multimedia : 1) Ahmad Zaki Bin Tajul Urus
2) NurFateenizati Bt. Baharuddin
Exco Tugas Khas : 1) Muhammad Isa Bin Mohd Noh
2) Muhammad Amnan Bin Baharuddin
3) Nur Fatin Hazimah Bt. Mohd Johari
Exco Logistik : 1) Ahmad Syakirin Bin Ahmad Sukri
2) Wan Abdul Rahman Hakimi Bin Wan Zaidi
3) Hanis Syakila Bt. Zakaria
Exco Perhubungan : 1) Muhammad Hamizan Bin Yazid
Dalaman & 2) Alissa Bt. Abdullah
Perantarabangsaan
Antara aktiviti-aktiviti menarik yg dilakukan sepanjang berada di kem..
6 JANUARI 2012
Perjalanan kami bermula pada jam 2.30 pm ke Kem Kaizen pada 6 Januari 2012 dengan menaiki sebuah bas UiTM dan tiba pada jam 4.30 pm. Kami disambut mesra oleh En. Saufi,pemilik Kem Kaizen dan En. Shamsudin, jurulatih di kem tersebut. Kemudian, kami diberi taklimat untuk program yang seterusnya dan tempat penginapan. Pada pukul 6.00 pm, kami solat Asar berjemaah dan makan malam. Kami di hidangkan nasi berlaukkan ikan sambal dan sayur-sayuran. Kemudian, kami ke surau semula untuk solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah. Selepas selesai solat, kami ke dewan yang disediakan bagi sesi perasmian dan “ice breaking”. Dewan tersebut akan digunakan untuk sepanjang aktiviti yang akan dijalankan. Sesi perasmian program ini di rasmikan oleh penasihat kami, Cik Mazida Ismail dan penyerahan peserta kepada pihak kem bagi menjalani program seterusnya. Sesi “ice breaking” berjalan dengan lancer dan cepat kerana jumlah kami yang sedikit.
Kami telah dibahagi kepada 3 kumpulan. Bagi setiap kumpulan mempunyai seorang ketua dan bendahari. Kami telah diberi wang ciptaan kem tersebut iaitu nilai AK. Kami perlu mengumpul sebanyak AK 80.00 bagi penginapan hari pertama. Wang akan bertambah setiap kali kami berjaya menjawab soalan dan melakukan sesuatu tugas . Pada pukul 10.30 pm, kami dihidangkan dengan minum malam dan kuih muih. Kemudian, kami diberi taklimat bagi program “night walk” yang akan dijalankan. Pada pukul 11.15 pm, program dimulakan. Setiap kumpulan diberi sebatang lilin, 2 batang mancis dan kotak mancis. Kami akan diberi wang AK bagi setiap kumpulan yang berjaya sampai dengan lilin yang bernyala. Pada pukul 12.30 pm, semua kumpulan berjaya sampai ke destinasi yang ditetapkan. Rumusan “night walk” dijalankan dan pada pukul 1.00 am semua peserta bersurai.
7 JANUARI 2012
Pada keesokan harinya, pada pukul 5.30, kami solat Subuh berjemaah dan kuliah subuh. Pada pukul 7.00 am, kami mulakan dengan bersenam dan bersarapan pagi. Seterusnya, pada pukul 9.00 am, kami melakukan aktiviti “blind fold” iaitu ketua setiap kumpulan menjadi seorang yang bisu tetapi dapat melihat, manakala anak buah yang lain menjadi seorang yang buta tetapi dapat berkata – kata. Untuk sampai ke destinasi, pelbagai rintangan dan cabaran yang dilalui. Aktiviti ini memang menguji kekuatan mental dan fizikal, kepercayaan terhadap ketua serta peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling..
Aktiviti seterusnya ialah “spider web”. Semua ahli kumpulan dikehendaki menutup mata. Kami dikehendaki berjalan dengan bergantung pada tali yang diikat pada pokok. Banyak cabangan tali dari pokok ke pokok yang lain. Jika kami tersalah pilih tali, kami akan diberi belacan dan jika betul, kami akan menjalani perjalanan dengan baik. Perjalanan ini melalui hutan yang berdekatan. Oleh itu, keselamatan amat diutamakan. Semua kumpulansaling bekerjasama membantu antara satu sama lain dan bijak mengatur langkah semasa aktiviti dijalankan.
Kemudian, pada pukul 1.00 pm kami berehat untuk makan tengah hari dan menunaikan solat Zuhur. Selepas itu,kami berehat dan membuat persiapan untuk aktiviti yang seterusnya. Pada pukul 2.00 pm, aktiviti “sungai asid” dimulakan. Kami diberi tikar getah sebagai alat ganti pelampung. Kami menjalankan aktiviti ini di padang. 6 orang setiap kumpulan perlu melalui “sungai asid” tersebut dengan 4 keping tikar getah. Jika kaki terlebih dari tikar getah, kami perlu memulakan semula aktiviti tersebut dan jika gagal, kami akan didenda atau perlu membayar sebanyak AK 5 kepada jurulatih. Para peserta bersungguh –sungguh berusaha bagi menyelesaikan aktiviti tersebut. Ada ahli kumpulan yang hampir berputus asa, namun sikap setia kawan dan semangat berkumpulan yang tinggi, mereka berjaya menghabiskan aktiviti tersebut.
Pada pukul 4.00 pm, kami berehat bagi solat Asar dan taklimat “kembara belantara”. Pada pukul 5.00 pm, aktiviti dimulakan. Kami telah bergerak mengikut kumpulan dan mengikut peta seperti yang telah dijelaskan. Kami di kehendaki berjalan melalui hutan dan ladang kelapa sawit, mendaki gunung, dan menyusuri sungai. Semua kumpulan saling bekerjasama dan tolong - menolong bagi menyiapkan tugasan. Antara tugasan yang diberikan semasa kembara ini ialah kami dikehendaki mengambil air bersih di sungai dan mengutip seberapa banyak sampah yang ada sepanjang perjalan kami. Selain itu, jurulatih yang mengiringi kami turut memberitahu jenis-jenis tumbuhan yang ada di hutan.
Pada pukul 7.00 pm, semua kumpulan telah sampai dan kami dihidangi dengan makan malam. Seterusnya, kami menyiapkan diri bagi solat Maghrib dan Isyak. Kemudian, jurulatih membuat rumusan kesemua aktiviti kami. Pada pukul 9.30 pm, kami diberi minum mlam dan kuih muih. Aktiviti malam itu diteruskan dengan ceramah motivasi mengenai kehidupan seseorang itu sejak kecil hingga dewasa dan tujuan berada di universiti. Ceramah berakhir pada pukul 12 am.
8 JANUARI 2012
Pada hari terakhir, pada pukul 5.30, kami solat Subuh berjemaah dan kuliah subuh. Pada pukul 7.00 am, kami mulakan dengan bersenam dan bersarapan pagi. Pada pagi itu, kami telah belajar pergerakan taichi. Pergerakan yang sungguh menarik itu amat menarik perhatian kami. Pada pukul 8.30 am, aktiviti kami dimulakan dengan merempuh halangan. Aktiviti ini membina keyakinan diri dan berani menyelesaikan cabaran tersebut. Pelbagai cabaran dan halangan yang perlu dilalui untuk sampi ke penghujung. Dengan usaha dan semangat kerjasama berkumpulan, aktiviti ini dapat dihabiskan. Aktiviti kami yang terakhir ialah “war game”. Aktiviti ini sangat menarik kerana pihak musuh akan cuba merampas takhta sesebuah kerajaan . Namun, secara nyatanya, bagi sesebuah organisasi, kita perlu bekerjasama bagi membangunkan organisasi. Kita tidak perlu bergaduh atau berlawan demi mendapatkan kuasa. Oleh itu, kami telah mendapat pengajaran yang amat bermakna dan akan kami praktikkan dalam menguruskan organisasi kami.
Pada pukul 12.30 tengahari, kami telah menyiapkan diri dan dihidangi makanan tengahari. Pada pukul 1.00 pm, majlis penutupan diadakan di Dewan Serbaguna Kem Kaizen dan penyerahan semula pelajar kepada pihak UiTM. Kami bertolak pulang ke UITM pada pukul 1.30 pm.
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T kerana segala perancangan yang dibuat telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih kepada pegawai pengiring, Cik Mazida Ismail, ketua projek saudara Muhammad Azim Bin Muhammad Razak, exco-exco dan mahasiswa yang terlibat secara langsung ataupun tidak bagi melaksanakn program ini kerana telah bertungkus-lumus dan bekerja keras. Terima Kasih juga kepada En. Saufi, pemilik Kem Kaizen dan jurulatih – jurulatih atas segala kerjasama dan bantuan yang dihulurkan, insya-Allah ada rezeki mungkin kami akan kesana lagi di kemudian hari. Diharap para peserta dapat mengambil input dan menimba ilmu serta pengalaman dari program ini.
MEMORIES..
MONEY...MONEY...LAKU DI KEM JER TAU....
senaman pagi |
boleh dpraktikkan bila berlaku banjir d segamat..:) |
itu dy, ketua projek bg program ini.. AZIM RAZAK |
seronok main air yer... |
bye2 kaizen.. |
"IMPROVE TO SUCCESS"
hai. boleh saya dapatkan contact no kem ni? boleh contact saya melalui email aimisyakina@gmail.com. tq :)
ReplyDelete