Thursday, 23 February 2012

EXPORACE RACE... ^_^

Pada 12 Februari 2012,Kelab Badminton UiTM Johor telah mengadakan Explorace Race di sekitar Uitm Segamat.Seramai 30 ahli dan bukan ahli telah menyertai program tersebut.


TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT MENJYAKAN PROGRAM INI      
  


Program ini dimulakan dengan perasmian program Explorace Race penasihat Kelab Badminton UiTM Johor Encik Bazri Abu Bakar. Di dalam ucapan tersebut En Bazri juga mengingatkan kepada para peserta supaya bersaing secara sihat dan adil. Setiap pertandingan ada pihak yang kalah dan pihak yang menang jadikan semua itu sebagai satu cabaran untuk menggapai kemenangan dalam setiap perkara yang dilakukan.

            Pertandingan Explorace Race terdapat 6 checkpoint yang perlu dilalui oleh para   peserta. Di setiap checkpoint mempunyai pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi oleh para peserta. Antara checkpoint tersebut ialah Ledang Inn, Blok I, Dewan Karyawan, Dataran Seri Bendahara, Perpustakaan Tun Dr.Ismail 2 dan LT. Di samping itu, terdapat 2 barang yang perlu dijaga oleh para peserta dengan sempurna sehingga ke tempat Explorace bermula iaitu 2 keping biskut kering dan 4 biji belon yang berisi air. Sekiranya kedua-dua barang itu rosak, para peserta akan ditolak markah.



LEDANG INN

Di Ledang Inn, sebagai cabaran pertama yang ditempuhi oleh para peserta ialah KEY WORM. Para peserta dikehendaki mencari kunci di dalam balang yang penuh berisi dengan ulat. Pelbagai aksi lucu dapat dilihat di kalangan para peserta. Ada yang geli dan ada juga menangis. Walaubagaimanapun para peserta tetap berusaha dengan sedaya upaya untuk mengeluarkan kunci tersebut. Para peserta diberi masa selama 3 minit untuk menyelesaikan cabaran ini.Kepada kumpulan yang berjaya dalam cabaran ini akan diberi nilai wang sebanyak 10 KB.

BLOK I

Manakala di Blok I pula, cabaran kedua yang perlu ditempuhi oleh para peserta ialah BELON BERACUN. Para peserta dikehendaki beratur dalam jarak yang berbeza di antara satu sama lain. Ketua yang berada di hadapan dikehendaki membaling belon tersebut kepada anak buah mereka. Di sini kita dapat melihat bagaimana kebijaksanaan para peserta membaling belon tersebut kepada anak buah mereka dan belon tersebut tidak pecah. Para peserta diberi masa selama 3 minit untuk menyelesaikan cabaran ini.Kepada kumpulan yang berjaya melepasi cabaran ini akan diberi nilai wang sebanyak 10 KB juga.



DEWAN KARYAWAN

Di Dewan Karyawan pula, cabaran ketiga yang perlu ditempuhi para peserta ialah SUNGAI ASID. Para peserta dibekalkan dengan kepingan puzzle sebanyak 6 keping satu kumpulan. Para peserta dikehendaki memijak kepingan puzzle tersebut secara bergilir-gilir tapi kaki peserta dilarang keluar dari kepingan puzzle tersebut. Sekiranya kaki peserta terkeluar dari kepingan tersebut, para peserta dikehendaki mula semula dari tempat permulaan. Para peserta diberi masa selama 20 minit sahaja untuk melepasi cabaran ini. Kepada kumpulan yang berjaya akan diberi nilai wang sebanyak 10 KB.

DATARAN SRI BENDAHARA

Di Dataran Seri Bendahara pula, cabaran keempat yang perlu ditempuhi oleh para peserta ialah KACAP TERLABIK. Para peserta diberi satu petikan pendek dan petikan tersebut hendak dibaca dalam keadaan suku kata terbalik. Pelbagai aksi lucu dapat dilihat semasa para peserta membaca petikan tersebut dan sehinggakan pelbagai perkataan yang pelik keluar. Para peserta diberi masa selama 1 minit untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Kepada kumpulan yang berjaya menyelesaikan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan akan mendapat nilai wang sebanyak 10 KB.

PTDI 2

Di PTDI 2 pula, cabaran kelima yang perlu ditempuhi oleh para peserta ialah KUIZ BABMINTON.  Para peserta akan disoal dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan sukan badminton dan perkembangan sukan terbabit. Di sini dapat bagaimana kebijaksanaan para peserta menjawab soalan yang berkaitan dengan bidang sukan dan pengetahuan am. Para peserta diberi masa selama 3 minit untuk menjawab seberapa banyak soalan yang boleh. Para pelajar yang berjaya melepasi cabaran ini akan mendapat nilai wang sebanyak 10 KB.

LT
Dan akhir sekali, cabaran terakhir yang perlu ditempuhi oleh para peserta ialah cabaran SODUKU dan TEKA SILANG KATA. Di dalam cabaran ini, para peserta dikehendaki menyelesaikan sodoku dan teka silang kata tersebut. Soalan teka silang kata tersebut terdiri daripada soalan-soalan sejarah Malaysia dan sejarah tingkatan 5. Para peserta diberi masa selama 3 minit untuk menyelesaikan kedua-dua tugasan tersebut. Kepada kumpulan yang berjaya menyelesaikan cabaran tersebut akan mendapat nilai wang sebanyak 10 KB.


Thursday, 9 February 2012

EXPLORACE RACE


EXPLORACE RACE

TARIKH : 12 FEBRUARY 2012
TEMPAT : DEWAN SERI SELASIH (SEKTOR C)
MASA : 8.30 PAGI
PAKAIAN SUKAN




JOM sertai aktiviti explorace kelab badminton. 
Aktiviti yang di jalankan akan menguji ketahanan fizikal dan mental anda.
Hadiah yang lumayan disediakan.

COP DISEDIAKAN

anda sudah bersedia
JOM SERTAI KAMI!!


     sila hubungi 
Azim :0126168261
Bela:0177060469
Siti: 010-8955416


                                                                   improve to success

Sunday, 29 January 2012

KEM KEPIMPINAN DI KEM KAIZEN,GUNUNG PULAI.PONTIAN..^_^K

Aktiviti pertama Kelab Badminton UiTM Johor adalah kem kepimpinan di kem kaizen,gunung pulai,pontian pada 6-8 Januari 2012. Seramai 19 orang siswa siswi yg tlah menyertai program ini .Ramai yg tidak dpt menyertai program trsebut kerana masalah2 yg x dpt dielakkankn..Walaubagaimanapun, alhamdulillah..program ini dpt djalankan dgn lancar.
Program ini bertujuan mengembangkan kebolehan “SOFT SKILL” atau kemahiran asas pelajar –  pelajar dalam mengetuai sesebuah organisasi dan pada masa yang sama boleh dipraktikkan dalam kehidupan. Selain itu, program ini bertujuan mengeratkan ikatan perhubungan sesama exco dan ahli Kelab Badminton.




OBJEKTIF2 PROGRAM INI IALAH


v   Mengembangkan kebolehan siswa dan siswa untuk memimpin.
v   Pendedahan kepada siswa dan siswi tentang pentingnya “soft skill” pada masa depan.
v   Mengeratkan silaturrahim antara siswa,siswi,para exco dan penasihat Kelab  
     badminton.
v  Mendapat pengalaman bekerja dalam kumpulan.
v   Melahirkan siswazah cemerlang akademik dan kokurikulum.



Berikut merupakan ahlijawatankuasa bg program ini:

PENASIHAT / PEGAWAI PENGIRING / JAWATANKUASA
JAWATANKUASA PROGRAM KEM KEPIMPINAN

Penasihat                                 :             1) En Bazri B. Abu Bakar
                                                             2) Cik Mazida Bt. Ismail
Pegawai Pengiring                  :               1) Cik Mazida Bt. Ismail
Ketua Projek                           :             Muhammad Azim Bin Muhammad Razak
Pen. Ketua Projek                   :             Siti Zunidah Bt. Md Yasin
Setiausaha                               :              Nur Nabilah Bt. Abdul Aziz
Bendahari                                :             Zharien Afeeliana Bt. Bohairi
                Exco Protokol                          :            1) Ahmad Afifi Bin Mohd. Nazari
                                                                             2) Muhammad Amierul Aizat Bin Abdul Sahar
                                                                             3) Siti Shahirah Bt. Abdul Samad
                Exco Aktiviti                           :              1) Nik Azwan Bin Shahar
                                                                             2) Umi Nadhra Bt. Mohd Nor
                                                                             3) Nur Amalina Bt. Muhammad
  
                Exco Multimedia                     :              1) Ahmad Zaki Bin Tajul Urus
                                                                             2) NurFateenizati Bt. Baharuddin
                                        
                Exco Tugas Khas                     :            1) Muhammad Isa Bin Mohd Noh
                                                                             2) Muhammad Amnan Bin Baharuddin
                                                                             3) Nur Fatin Hazimah Bt. Mohd Johari
             
                Exco  Logistik                        :               1) Ahmad Syakirin  Bin Ahmad Sukri
                                                                             2) Wan Abdul Rahman Hakimi Bin Wan Zaidi
                                                                             3) Hanis Syakila Bt. Zakaria              
      
              Exco Perhubungan                 :             1) Muhammad Hamizan Bin Yazid
                Dalaman &                                            2) Alissa Bt. Abdullah
                Perantarabangsaan



Antara aktiviti-aktiviti menarik yg dilakukan sepanjang berada di kem..

 6 JANUARI 2012
Perjalanan kami bermula pada jam 2.30 pm ke Kem Kaizen pada 6 Januari 2012 dengan menaiki sebuah bas UiTM dan tiba pada jam 4.30 pm. Kami disambut mesra oleh En. Saufi,pemilik Kem Kaizen dan En. Shamsudin, jurulatih di kem tersebut. Kemudian, kami diberi taklimat untuk program yang seterusnya dan tempat penginapan. Pada pukul 6.00 pm, kami solat Asar berjemaah dan makan malam. Kami di hidangkan nasi berlaukkan ikan sambal dan sayur-sayuran. Kemudian, kami ke surau semula untuk solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah. Selepas selesai solat, kami ke dewan yang disediakan bagi sesi perasmian dan “ice breaking”. Dewan tersebut akan digunakan untuk sepanjang aktiviti yang akan dijalankan. Sesi perasmian program ini di rasmikan oleh penasihat kami, Cik Mazida Ismail dan  penyerahan peserta kepada pihak kem bagi menjalani program seterusnya. Sesi “ice breaking” berjalan dengan lancer dan cepat kerana jumlah kami yang sedikit.
            Kami telah dibahagi kepada 3 kumpulan. Bagi setiap kumpulan mempunyai seorang ketua dan bendahari. Kami telah diberi wang ciptaan kem tersebut iaitu nilai AK. Kami perlu mengumpul sebanyak AK 80.00 bagi penginapan hari pertama. Wang akan bertambah setiap kali kami berjaya menjawab soalan dan melakukan sesuatu tugas . Pada pukul 10.30 pm, kami dihidangkan dengan minum malam dan kuih muih. Kemudian, kami diberi taklimat bagi program “night walk” yang akan dijalankan. Pada pukul 11.15 pm, program dimulakan. Setiap kumpulan diberi sebatang lilin, 2 batang mancis dan kotak mancis. Kami akan diberi wang AK bagi setiap kumpulan yang berjaya sampai dengan lilin yang bernyala. Pada pukul 12.30 pm, semua kumpulan berjaya sampai ke destinasi yang ditetapkan. Rumusan “night walk” dijalankan dan pada pukul 1.00 am semua peserta bersurai.



 7 JANUARI 2012
Pada keesokan harinya, pada pukul 5.30, kami solat Subuh berjemaah dan kuliah subuh. Pada pukul 7.00 am, kami mulakan dengan bersenam dan bersarapan pagi. Seterusnya, pada pukul 9.00 am, kami melakukan aktiviti “blind fold” iaitu ketua setiap kumpulan menjadi seorang yang bisu tetapi dapat melihat, manakala anak buah yang lain menjadi seorang yang buta tetapi dapat berkata – kata. Untuk sampai ke destinasi, pelbagai rintangan dan cabaran yang dilalui. Aktiviti ini memang menguji kekuatan mental dan fizikal, kepercayaan terhadap ketua serta peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling..
            Aktiviti seterusnya ialah “spider web”. Semua ahli kumpulan dikehendaki menutup mata. Kami dikehendaki berjalan dengan bergantung pada tali yang diikat pada pokok. Banyak cabangan tali dari pokok ke pokok yang lain. Jika kami tersalah pilih tali, kami akan diberi belacan dan jika betul, kami akan menjalani perjalanan dengan baik. Perjalanan ini melalui hutan yang berdekatan. Oleh itu, keselamatan amat diutamakan. Semua kumpulansaling bekerjasama membantu antara satu sama lain dan bijak mengatur langkah semasa aktiviti dijalankan.
            Kemudian, pada pukul 1.00 pm kami berehat untuk makan tengah hari dan menunaikan solat Zuhur. Selepas itu,kami berehat dan membuat persiapan untuk aktiviti yang seterusnya. Pada pukul 2.00 pm, aktiviti  “sungai asid” dimulakan. Kami diberi tikar getah sebagai alat ganti pelampung. Kami menjalankan aktiviti ini di padang. 6 orang setiap kumpulan perlu melalui  “sungai asid” tersebut dengan 4 keping tikar getah. Jika kaki terlebih dari tikar getah, kami perlu memulakan semula aktiviti tersebut dan jika gagal, kami akan didenda atau perlu membayar sebanyak AK 5 kepada jurulatih. Para peserta bersungguh –sungguh berusaha  bagi menyelesaikan aktiviti tersebut. Ada ahli kumpulan yang hampir berputus asa, namun sikap setia kawan dan semangat berkumpulan yang tinggi, mereka berjaya menghabiskan aktiviti tersebut.
            Pada pukul 4.00 pm, kami berehat bagi solat Asar dan taklimat “kembara belantara”. Pada pukul 5.00 pm, aktiviti dimulakan. Kami telah bergerak mengikut kumpulan dan mengikut peta seperti yang telah dijelaskan. Kami di kehendaki berjalan melalui hutan dan ladang kelapa sawit, mendaki gunung, dan menyusuri sungai. Semua kumpulan saling bekerjasama  dan tolong - menolong bagi menyiapkan tugasan. Antara tugasan yang diberikan semasa kembara ini ialah kami dikehendaki mengambil air bersih di sungai dan mengutip seberapa banyak sampah yang ada sepanjang perjalan kami. Selain itu, jurulatih yang mengiringi kami turut memberitahu jenis-jenis tumbuhan yang ada di hutan.
            Pada pukul 7.00 pm, semua kumpulan telah sampai dan kami dihidangi dengan makan malam. Seterusnya, kami menyiapkan diri bagi solat Maghrib dan Isyak. Kemudian, jurulatih membuat rumusan kesemua aktiviti kami. Pada pukul 9.30 pm, kami diberi minum mlam dan kuih muih. Aktiviti malam itu diteruskan dengan ceramah motivasi mengenai kehidupan seseorang itu sejak kecil hingga dewasa dan tujuan berada di universiti. Ceramah berakhir pada pukul 12 am.


8 JANUARI 2012
Pada hari terakhir, pada pukul 5.30, kami solat Subuh berjemaah dan kuliah subuh. Pada pukul 7.00 am, kami mulakan dengan bersenam dan bersarapan pagi. Pada pagi itu, kami telah belajar pergerakan taichi. Pergerakan yang sungguh menarik itu amat menarik perhatian kami. Pada pukul 8.30 am, aktiviti kami dimulakan dengan merempuh halangan. Aktiviti ini membina keyakinan diri dan berani menyelesaikan cabaran tersebut. Pelbagai cabaran dan halangan yang perlu dilalui untuk sampi ke penghujung. Dengan usaha dan semangat kerjasama berkumpulan, aktiviti ini dapat dihabiskan. Aktiviti kami yang terakhir ialah “war game”.  Aktiviti ini sangat menarik kerana pihak musuh akan cuba merampas takhta sesebuah kerajaan . Namun, secara nyatanya, bagi sesebuah organisasi, kita perlu bekerjasama bagi membangunkan organisasi. Kita tidak perlu bergaduh atau berlawan demi mendapatkan kuasa. Oleh itu, kami telah mendapat pengajaran yang amat bermakna dan akan kami praktikkan dalam menguruskan organisasi kami.
            Pada pukul 12.30 tengahari, kami telah menyiapkan diri dan dihidangi makanan tengahari. Pada pukul 1.00 pm, majlis penutupan diadakan di Dewan Serbaguna Kem Kaizen dan penyerahan semula pelajar kepada pihak UiTM. Kami bertolak pulang ke UITM pada pukul 1.30 pm.



                 Alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T kerana segala perancangan yang dibuat telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih kepada pegawai pengiring, Cik Mazida Ismail, ketua projek saudara Muhammad Azim Bin Muhammad Razak, exco-exco dan mahasiswa yang terlibat secara langsung ataupun tidak bagi melaksanakn program ini kerana telah bertungkus-lumus dan bekerja keras. Terima Kasih juga kepada En. Saufi, pemilik Kem Kaizen dan jurulatih – jurulatih atas segala kerjasama dan bantuan yang dihulurkan, insya-Allah ada rezeki mungkin kami akan kesana lagi di kemudian hari. Diharap para peserta dapat mengambil input dan menimba ilmu serta pengalaman dari program ini.


MEMORIES..










MONEY...MONEY...LAKU DI KEM JER TAU....







senaman pagi








boleh dpraktikkan bila berlaku banjir d segamat..:)




itu dy, ketua projek bg program ini..
AZIM RAZAK


seronok main air yer...

bye2 kaizen..


"IMPROVE TO SUCCESS"